Fungsi 1: Dasar

Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan;

 

Fungsi 2: Inisiatif ICT

Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;

 

Fungsi 3: Pembestarian Sekolah

Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah;

 

Fungsi 4: Penerbitan Bahan

Merancang, menyedia dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media;

 

Fungsi 5: Pembangunan Pusat Sumber Sekolah dan Pembudayaan Literasi Maklumat

Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan literasi maklumat;

 

Fungsi 6: Penyebaran

Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak;

 

Fungsi 7: Kajian dan Penilaian

Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah; dan

 

Fungsi 8: Khidmat Kepakaran (Inovasi & Kreativiti)

Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.