Taklimat Profesionalisme Warga BTPN dan PKG Negeri Melaka bersama Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Kudu, BTPN Melaka pada 18 Mei 2017. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Nor Hashim bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan diikuti oleh pembentangan perancangan serta pencapaian Pembestarian Sekolah Negeri Melaka Tahun 2017

Seterusnya Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid telah menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan tugas sebagai penjawat awam ke arah meningkatkan budaya kerja cemerlang. Selepas taklimat profesionalisme itu Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid telah berbesar hati  menyampaikan sijil kepada warga BTPN Melaka yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016.

Sebaik sahaja selesai acara di Bilik Mesyuarat Tun Kudu itu, Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid dengan diiringi oleh En. Nor Hashim bin Hasan serta semua warga BTPN Melaka  ke War Room BTPN Melaka untuk majlis perasmian War Room BTPN Melaka. Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid telah menyempurnakan acara memotong riben di pintu masuk serta telah menandatangani signage perasmian di dalam bilik War Room. Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid turut mengadakan video conference bersama PKG Negeri Melaka sebaik sahaja menyempurnakan perasmian di bilik War Room BTPN Melaka ini. 

Y.Bhg. Tuan Haji Zaidi bin Yazid mengucapkan tahniah kepada KPP BTPN Melaka serta seluruh warga BTPN Melaka kerana telah berjaya mengadakan taklimat profesionalisme serta majlis perasmian War Room BTPN Melaka.

 

* Turut hadir Dr. Fatimah binti Hashim ( ibu angkat BTPN Melaka )

 

Surat Edaran

LOGIN

KETUA PENOLONG PENGARAH

HAJI NOR HASHIM BIN HAJI HASAN

PAUTAN

 

BORANG PENILAIAN KURSUS DAN

BORANG KEPUASAN PELANGGAN

 

   

 

   

  

Statistik Pelawat

0022047
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Pelawat
241
426
4542
8997
19469
2578
22047

Your IP: 54.160.245.121
2017-12-15 12:01