Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan bersama-sama pihak YTL Communications Sdn. Bhd. sedang memperinci dan memantapkan garis panduan dan prosedur operasi pemulangan peranti YES Altitude yang rosak. Garis panduan tersebut juga melibatkan isu peranan Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selaku pusat Return Merchandise Authorization serta tanggungjawab pegawai-pegawai PKG/BTPN yang terlibat.

Garis panduan dan prosedur operasi pemulangan peranti tersebut perlu melalui beberapa proses penambahbaikan dan pemurnian sebelum dibentangkan untuk pengesahan dan seterusnya kelulusan Jawatan Kuasa Pemandu 1BestariNet Fasa 2 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran). Sehubungan itu, penghantaran peranti YES Altitude yang rosak ke PKG / BTPN ditangguhkan sehingga pengumuman lanjut.

 

muat turun Surat Makluman Penangguhan

Surat Edaran

LOGIN

KETUA PENOLONG PENGARAH

HAJI NOR HASHIM BIN HAJI HASAN

PAUTAN

 

BORANG PENILAIAN KURSUS DAN

BORANG KEPUASAN PELANGGAN

 

   

 

   

  

Statistik Pelawat

0022054
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Pelawat
248
426
4549
8997
19476
2578
22054

Your IP: 54.160.245.121
2017-12-15 12:03